BENTUK, saiz, material, dan corak. Semua faktor ini mempengaruhi seseorang wanita untuk membeli beg tangan. Sesetengah orang memilih jenama tetapi ada juga yang sukakan keselesaan. Apakah pilihan anda? Biar seringkas manapun penampilan anda, beg tangan wajib ada. Berikut beberapa jenis beg yang perlu ada dalam simpanan seorang wanita.
Tip penggayaan: Tas tangan ini sesuai dibawa saat keluar bersantai atau melakukan rutin-rutin Lazim seperti membeli-belah.
Tip penggayaan: Dengan variasi rekaan beg genggam yang ada di pasaran ketika ini memungkinkan ia dikenakan bukan sahaja di acara rasmi atau majlis malam, tetapi juga ke pejabat mahupun sebagai pelengkap gaya harian. Pun begitu, perlu bijak memilih material dan perinciannya agar tidak kelihatan berlebihan.
Tip penggayaan: Sarungkan celana denim dengan blaus berserta sepatu sukan, oxford ataupun sandal untuk gaya ringkas dan ranggi sesuai dengan imej tas tangan satchel.
Tip penggayaan: Tas tangan ini cukup serasi dengan busana dengan gaya bohemian. Boleh juga dikenakan dengan celana kasual atau skirt labuh. MessengerDireka dengan tali silang yang panjang dan penutup flap-over. Didapati dalam siapan kulit atau material lembut.
Tip penggayaan: Ia boleh digayakan secara selempang silang di bahu. Jika memilih tas tangan messenger daripada material kulit, ia boleh dibawa ke pejabat atau acara separa rasmi. sumber : sinar.fm page
0 Comments
Tip 1: Majlis
• Adakah anda membeli dompet untuk suatu majlis tertentu atau adakah ia untuk kegunaan setiap hari, atau mungkin ia adalah untuk ke pejabat. • Kebiasaannya gaya ke pejabat adalah daripada sesuatu yang mewah dan lebih praktikal. • Manakala bagi yang bertujuan untuk majlis-majlis petang haruslah jenis yang elegan dan bergaya. • Untuk keluar di waktu malam ke pub atau disko, sesuatu yang kecil, bergaya atau mewah lebih sesuai namun bergantung juga kepada pakaian yang anda pakai. Tip 2: Warna • Hitam, coklat dan kelabu adalah beberapa warna sejagat untuk beg tangan yang paling mudah disuai padankan dengan pakaian. • Walau bagaimanapun, jika anda mahu menyerlahkan lagi penampilan, tambahkan percikan warna untuk beg anda dan ia mampu membuatkan anda kelihatan lebih meriah. Tip 3: Jenis Badan Anda • Kebiasaannya, bentuk badan seseorang turut menjadi peranan bagi menentukan bentuk beg yang bersesuaian. Jadi bagi gadis tinggi lampai anda perlu memilih beg yang berbentuk bulat. Begitu juga seseorang yang berbadan bulat, adalah lebih sesuai memilih beg berbentuk tinggi. • Sekiranya anda seorang gadis yang mempunyai ketinggian enam kaki, saiz beg harus lah bersaiz kecil agar tidak menampakkan perbezaan yang ketara. • Beg bahu mampu memberi kesan kepada bahagian badan. Contohnya, jika berat beg berakhir pada pinggul anda, ia akan ada perhatian yang lebih kepada pinggul anda KEBANYAKAN kita pasti pernah mengalami situasi tercari-cari telefon bimbit di celah-celah beg tangan yang banyak dipenuhi ‘sampah-sarap’ antaranya resit dan tisu yang sudah digunakan.
Di sini merupakan tip-tip yang anda boleh aplikasikan agar beg tanganmu sentiasa dalam keadaan rapi dan teratur. Selamat mencuba! 1. Setiap kali membeli beg tangan, pastikan ia ada poket kecil untk kamu simpan telefon bimbit. Bila tengah kelam-kebat, mudahlah kamu capai telefon bimbit kamu itu. 2. Kebanyakan linen di bahagian dalam beg tangan direka dengan warna gelap untuk elakkannya mudah kotor. Namun sebenarnya, linen warna cerah boleh memudahkan kamu cari barang dalam beg tangan. 3. Wayar earphone atau charger buat beg tangan kamu nampak tidak terurus. Gunakan charger organizer beg untuk simpan segala jenis wayar yang kamu ada. Barulah tak serabut. 4. Simpan kunci rumah dan kereta dalam key wallet. 5. Downsize gajet yang diperlukan. Dari usung laptop mini ke mana saja kamu pergi, baik guna Ipad saja. 6. Bawa alat solek yang kamu perlu saja untuk touch up solekan. Pakailah alat solek 2 in 1, contohnya gincu yang boleh dipakai sebagai blusher. 7. Simpan resit dalam satu beg khas atau dompet khas. Lebih teratur dan memudahkan kamu bila nak buat claim nanti. 8. Gunakan dompet kecil untuk simpan duit syiling. Barulah tak berterabur duit syiling dalam beg tanganmu. 9. Tukar botol losyen ke saiz travel bottle. Saiznya lebih kecil dan mudah dibawa serta berikan lebih banyak ruang dalam beg tangan. 10. Tak perlu lagi anda membawa buku nota bersaiz besar kerana kini semuanya sudah boleh disimpan menerusi telefon pintar masing-masing sekali gus menjimatkan ruang dalam beg tangan. Mudah kan? Sumber:  Cosmpolitan Dengan lambakan kedai online yang jual beg jenama mewah, Kami kongsi tip ini terutamanya bila kamu mahu membeli beg second-hand atau pre-love:
1. Buat Kajian Jika kamu tak bercadang nak membeli beg jenama mewah dari butik atau mana-mana gedung membeli-belah, pastikan kamu buat kajian sendiri terutamanya beg yang diidamkan. Cara terbaik adalah dengan pergi ke butik dan lihat serta rasa dengan teliti. Perhatikan jenis hardware atau perkakasan dan kulit yang digunakan. Pastikan logo jenama berada di tempat yang betul. Segala-galanya adalah tentang perincian sesuatu beg itu. 2. Hati-hati dengan tawaran yang tak masuk dek akal Jika harga asli sesuatu beg itu adalah RM12,000 tetapi harga yang ditawarkan pada kamu adalah RM200, kamu mungkin terperangkap dengan muslihat penjual. Ingat ya, jika kamu mahukan harga yang lebih murah, beli saja jenis secondhand. Kerana tiada kedai sedunia yang tawarkan harga semurah itu. Walaupun di kedai outlet jenama itu sendiri. Dan tak semua jenama mewah mempunyai kedai outlet. 3. Periksa perkakasan Perhatikan setiap zip, kancing dan mana-mana bahagian yang tertutup. Faktor-faktor ini boleh bantu kamu kenal pasti sama ia asli atau palsu. Perkakasan pada beg jenama mewah selalunya mempunyai warna dan kemasan yang sama (kecuali beg Chloe yang sering menggunakan pelbagai jenis perkakasan). Pastikan juga zip pada beg mudah dibuka dan ditutup. 4. Perhatikan setiap kelim dan jahitan pada beg Memang jarang lah kalau kelim pada beg jenama mewah hanya digam. Begitu juga dengan kualiti jahitan. Jika ia nampak selekeh dan tak sama, maknanya memang sah beg itu tiruan. Jahitan pada beg jenama mewah juga tak sepatutnya nampak berbulu. 5. Kulit, sukar ditiru Kulit mudah dikenalpasti bila dibau. Jadi jika kamu bau gam, getah atau mana-mana bahan kimia, maknanya itu kulit tiruan. Permukaan kulit sepatutnya lembut tetapi rasa kering. Kulit tiruan rasanya berminyak dan melekit. Kaji juga setiap pemegang pada beg. Jika tali pada beg juga dibuat daripada kulit, warnanya akan berubah lebam selepas beberapa kali digunakan. Kulit tiruan sebaliknya akan kekal berkilat dan tak berubah warnanya. 6. Elakkan daripada membeli beg jenama mewah di outlet online Ya, memang betul kebanyakkan jenama mewah mempunyai outlet untuk menjual stok lama. Tetapi berhati-hatilah dengan outlet online yang tak diketahui asal usulnya. Apatah lagi bila ia menawarkan terlalu banyak beg yang sama. Hmm, macam ada udang di sebalik batu kan? Ada beberapa cara berpenampilan menarik yang mungkin sudah kamu ketahui, tapi bagaimana cara berubah ke arah sana? Apa saja cara mengubah penampilan supaya menjadi lebih menarik yang kita semua bisa lakukan? Yuk, kita simak tipsnya mengenai cara mengubah penampilan :
Gaya orang lain belum tentu cocok untuk dirimu. Sebaiknya, kamu mengenali kepribadian dirimu sendiri dan menyesuaikan perubahan penampilan yang cocok dengan dirimu. Dengan begitu, kamu akan merasa nyaman dengan perubahan penampilanmu, bukan hanya karena ikut-ikutan orang lain. Selain itu, jika kamu memang ingin berubah, kamu harus benar-benar meyakinkan dirimu sendiri dan memperkuat tekadmu untuk berubah. Karena, bagaimanapun perubahanmu nanti, pasti akan ada banyak orang yang memberi komentar. Komentar yang mereka berikan pun pasti bermacam-macam, bisa bersifat positif maupun negatif. Maka, kamu sendiri harus benar-benar mempunyai tekad untuk berubah supaya tidak terpengaruh oleh komentar dari orang-orang di sekitarmu, khususnya komentar negatif.
Coba masukkan hobi mengubah gaya rambut ini menjadi salah satu cara menghilangkan kejenuhan karena bisa menyegarkan kembali dirimu yang bosan dengan modeel rambut itu-itu saja. Tapi, jika kamu tidak ingin memotong rambut dengan model yang terlalu berbeda dari biasanya, kamu juga bisa mencoba mengubah style rambut kamu, misalnya dengan meng-curly ujung-ujungnya saja, mengubah warna rambut, dan lain-lain. Be creative, ya!
Maka cobalah warna yang lebih berani, seperti merah, burgundy, ungu, atau warna-warna kuat lainnya. Jika kamu tetap ingin memakai warna pink, gantilah warna pink soft menjadi hot pink. Sesuaikan warna lipstik yang kamu pakai dengan warna outfit kamu hari itu. Bukan berarti saat kamu pakai outfit hijau, kamu menggunakan lipstik hijau. Tapi cari warna lipstik yang cocok dengan warna dan tema pakaian kamu sehingga penampilan kamu makin oke dan menarik. Wanita yang memiliki tubuh kecil mempunyai banyak kelebihannya. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa tampak lebih muda daripada usia sebenar. Namun, wanita bertubuh kecil juga terdapat kelemahannya. Mereka perlu memilih pakaian dan aksesori dengan berhati-hati kerana kombinasi yang salah akan menampakkan tubuh mereka lebih pendek daripada biasa. Jelita kongsikan tujuh tip fesyen untuk wanita bertubuh kecil tampak lebih tinggi.
Baju Dan Skirt Pilihan pakaian anda memainkan peranan penting dalam hal ini. Memakai baju yang longgar akan membuatkan badan anda tampak lebih besar dan panjang namun pada masa yang sama ia akan membuatkan kaki anda tampak lebih pendek. Ia adalah lebih baik jika anda memasukkan baju ke dalam skirt (tug in) kerana ia akan menyerlahkan bahagian pinggang anda serta “memanjangkan” kaki anda dan secara amnya ia akan membuatkan bentuk badan anda tampak lebi Jika anda suka memakai kasut atau sandal yang mempunyai strap pada pergelangan kaki, pastikan tali strap itu sepadan dengan nada kulit anda. Pastikan kasut yang anda pilih tidak terlalu besar atau warnanya lebih gelap dari warna kulit anda kerana ia akan membuatkan kaki anda kelihatan lebih pendek. Elakkan juga dari mengenakan tali pinggang lebar kerana ia akan menjadikan badan anda tampak lebih lebar dan pendek. Jaket Dan Blazar Wanita yang bertubuh kecil tidak sesuai memakai jaket atau blazer yang panjang atau besar kerana ia akan membuatkan kaki mereka tampak pendek. Adalah dinasihatkan untuk memakai jaket atau blazer yang lebih kecil dan panjangnya tidak melebihi pinggang anda. Anda juga perlu berhati-hati dalam memilih beg. Untuk anda yang memiliki tubuh yang kecil, pilih beg kecil yang lebarnya tidak melebihi 10-11 inci. Jika anda gemarkan beg galas, pastikan saiznya juga kecil dan memiliki bentuk geometri yang kemas. Kardigan Kardigan yang panjang adalah satu penyelesaian untuk anda yang bertubuh kecil untuk menambah beberapa inci kepada penampilan anda tanpa perlu memakai kasut tumit tinggi. Namun, anda harus pastikan kardigan anda tidak terlalu besar dan tidak mempunyai sebarang perincian yang besar seperti poket yang besar. Dress Dress yang besar tampak lebih cantik untuk perempuan yang bertubuh tinggi. Apabila dikenakan pada gadis bertubuh pendek, ia akan membuatkan anda tampak lebih rendah daripada biasa. Sebaliknya, anda perlu memilih dress yang lebih kecil dan mengikut bentuk badan anda untuk memberikan kadar yang betul kepada tubuh anda dan sekaligus memberikan bayangan lebih tinggi kepada tubuh anda. Kontra Memilih pakaian yang kontra warna seperti warna baju yang terang dan seluar yang gelap akan menampakkan kekurangan anda dalam ketinggian. Pilih busana dengan rona monokrom kerana ia akan membantu memberikan ilusi tinggi kepada penampilan anda. Pakaian dengan rona terang akan membuatkan badan anda tampak lebih besar daripada pakaian dengan rona gelap. Jean Dan Baju Seluar jean yang sesuai buat wanita bertubuh kecil adalah jeans high waisted kerana ia akan membuatkan kaki anda tampak lebih panjang. Sekiranya terdapat satu perkara yang diperlukan oleh setiap wanita bekerjaya di dalam almari pakaian mereka, ia adalah beg tangan kerja profesional yang pelbagai fungsi. Membeli beg tangan untuk kerja pastinya akan menjadi satu pelaburan yang berbaloi, apabila anda memilih ciri-ciri beg tangan yang tepat. Beg tangan yang betul dan sesuai akan menaikkan kredibiliti dan imej profesional diri anda, yang akan bersama anda setiap masa dalam membina kerjaya.
Beg tangan kulit yang berstruktur dengan baik akan menjadikan anda kelihatan lebih menyerlah, berasa fokus, dan cukup yakin. Jadi kami ingin kongsikan 4 tips yang berguna untuk membantu anda memilih beg tangan kerja . TIP 1: Pertimbangkan untuk melabur ke atas beg tangan kulit Pada zaman sekarang wanita harus bijak dalam membelanjakan wang yang diperolehi. Oleh kerana beg tangan kerja adalah pelaburan anda untuk kerjaya, maka pilihlah satu beg tangan kulit yang tepat untuk menaikkan kredibiliti dan karisma diri kita. Adalah lebih bijak untuk melabur ke atas satu beg tangan kulit yang betul daripada membazir mengumpul koleksi beg tangan yang banyak tetapi tidak mampu membantu meningkatkan imej anda sebagai wanita profesional dan berkarisma. Pilihlah beg tangan kulit klasik tanpa aksesori yang besar, bising dan sarat. TIP 2: Saiz dan struktur beg tangan adalah penting Beg tangan kerja harus mengandungi ciri-ciri yang praktikal, berstruktur kukuh dan mudah untuk memindahkan barang-barang penting antara rumah dan pejabat anda tanpa menjadi terlalu berat dan rumit. Apabila anda mahu membeli beg tangan, pastikan anda mengukur saiz lebar beg tangan dengan meletakkannya berhampiran dengan pinggul anda. Saiz beg tangan kerja anda sepatutnya tidak melebihi saiz bahagian pinggul anda atau bahagian tubuh anda yang paling lebar. Jangan memilih sesebuah beg tangan hanya kerana tergoda untuk mengikuti fesyen. Beg tangan yang terlalu kecil yang dipakai oleh wanita yang sangat tinggi akan membuatkan ia tergelam dan kelihatan tidak seimbang. Sebaliknya bagi wanita yang bertubuh besar dan kurang ketinggian, anda akan tengelam dengan saiz beg tangan yang terlalu besar. Pemilihan struktur beg tangan kerja yang kukuh dan solid adalah penting. Beg ‘hobo slouchy’ yang tidak tersusun adalah tidak sesuai menjadi beg kerja namun sangat bagus untuk hujung minggu. Saya cadangkan anda membawa beg tangan yang lebih berstruktur dan solid untuk ke pejabat. Pilihlah beg tangan kerja yang berbentuk segi daripada memilih saiz bulat atau ‘curve’. Beg tangan yang kelihatan bersegi dan kukuh iaitu mampu teletak di atas lantai akan menampakkan si pemakainya kelihatan lebih ‘firm’ dan menyakinkan. Beg tangan kulit ‘Nappa’ adalah pilihan yang hebat, kerana ia sangat berstruktur dan baik untuk melindungi barang-barang anda. Bagi mereka yang perlu bergerak lasak berjalan dan berulang alik dari tempat kerja, beg yang mempunyai tali untuk dipakai di seluruh badan dan juga di bahu anda adalah yang terbaik. TIP 3: Poket Beg tangan yang paling baik adalah yang membolehkan barang-barang penting anda disusun dengan baik. Cari beg tangan yang sekurang-kurangnya mempunyai satu poket zip luar untuk telefon bimbit dan kunci anda. Beberapa poket di dalam juga membantu untuk menyimpan item seperti pen dan kad perniagaan dari bahagian bawah beg. TIP 4: Ekspresikan diri anda melalui warna beg tangan yang betul Warna yang betul bergantung kepada persekitaran dan industri kerja anda. Dalam semua industri, untuk seorang wanita bekerjaya kelihatan elegan dan profesional, pilihlah beg tangan berwarna gelap dan korporat iaitu hitam, coklat, kelabu dan navy blue. Bagi wanita yang bertubuh kecil, anda juga boleh memilih warna krim atau putih memandangkan warna ini juga tergolong dalam warna-warna korporat, bagi tujuan untuk menyeimbangkan saiz tubuh anda. Pemilihan beg tangan dalam warna-warna korporat ini sangat penting untuk anda kelihatan relevan dalam tema ‘corporate dressing’ terutamanya untuk dipasangkan dengan pakaian pejabat atau baju kurung anda yang mempunyai pelbagai warna. Mahu lebih klasik? Jadi pilih warna hitam kerana warna tersebut sentiasa dalam fesyen dan boleh menutupi kotoran dengan mudah. Elakkan memilih beg tangan yang terlalu banyak warna. Pilihan terbaik ialah beg yang tidak melebihi 2 atau 3 warna sahaja. Kebiasaannya satu warna korporat beg yang solid dan satu lagi warna aksesori pada beg iaitu aksesori berwarna gold atau silver. 1. Kulit Normal
Kulit jenis biasa (normal) adalah kurniaan Tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih seperti kulit bayi. Jenis kulit normal hanya memerlukan penjagaan yang ringkas. Jenis kulit ini tidak akan berminyak atau kering, dan ianya bebas dari sebarang masalah. Penjagaan kulit normal, jenis kulit normal, produk terbaik untuk kulit normal, zarraz paramedical, set produk kulit normal Cara mengetahui adalah kulit anda termasuk jenis kulit normal atau bukan adalah dengan mengusap wajah dengan tisu pada pagi hari. Jika tidak ada minyak yang melekat malah tisu kelihatan kering, bererti kulit anda termasuk dalam jenis kulit normal. 2. Kulit Berminyak Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah (jerawat, akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Jenis kulit berminyak, penjagaan kulit berminyak, masalah kulit berminyak, set produk kulit berminyak, cara mengatasi kulit berminyak, zarraz paramedical Disamping itu, faktor hormon (remaja), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan. Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut: Blackhead Jerawat Pori pori terbuka Parut Keseluruhan muka berminyak 3. Kulit Kombinasi Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan, keadaan persekitaran dan hormon. Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi Kelenjar minyak yang tidak sekata Muka kering Jeragat (pigmentasi) Whitehead ( Milia Seed ) 4. Kulit Kering Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin (air-conditoner), pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi yang buih berlebihan), kurang minum air dan ubat-ubatan (medications-Roaccutane). Jenis kulit kering, masalah kulit kering, kulit kering dan gatal, kulit kering bersisik, zarraz paramedical, rawatan masalah kulit kering Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah: Kedut / garis garis halus Bintik bintik hitam (freckles) Whitehead ( Milia Seed ) Hitam di sekeliling mata Jeragat (pigmentasi) Keseluruhan muka kering dan kusam Tips : Cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut, jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda ada Tips : Cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut, jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian. Kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!! 5. Kulit Matang Kulit matang adalah kulit yang telah kehilangan kadar kelembapan atau kelenjar minyak tidak mampu untuk menghasilkan minyak sebum. Ini disebabkan oleh faktor usia yang telah lanjut (45 tahun ke atas) dan sering terdedah pada panas terik atau penghawa dingin (air-conditoner) di awal usia. Kulit matang, masalah kulit matang, kedutan, anti aging, zarraz paramedical, set rawatan kulit matang, produk anti aging, anti wrinkles Selain itu, penggunaan pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi yang buih berlebihan), kurang minum air dan kurangnya vitamin menyebabkan kejadian kulit matang ini. Ciri-ciri kulit matang adalah Kedutan / Garis Tebal Kulit Berkedut dan Jatuh Tiada penjagaan kulit dari awal usia Disebabkan oleh makanan tidak seimbang atau salah guna produk. 6. Kulit Sensitif Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan factor luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut. Masalah kulit sensitif, ciri-ciri kulit sensitif, punca kulit sensitif, set penjagaan kulit sensitif, produk terbaik untuk masalah kulit sensitif. Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi apabila:- Guna produk muka jenama baru Makan sesuatu jenis makanan Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia Masa mandi dan minum air berklorin Terkena sabun cuci baju Berada di tempat atau bangunan tertentu Sedang stress Simptom Semasa Kulit Sensitif Kulit menjadi merah Kulit menjadi pedih Kulit mengelupas Kulit rasa terbakar Tompok-tompok hitam Naik ruam /jerawat Semua diatas. Tips : Jangan menggunakan produk-produk kulit yang mengandungi bahan formaldehyde-based preservatives dan Sodium Lauryl Sulfate 7. Kulit Bermasalah Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitu kelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon (remaja) merupakan salah satupunca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yang mengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria. Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihan yang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat pada bahagian mulut, dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu. Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut: Blackhead Jerawat Jerawat batu Pori-pori terbuka Tip untuk kamu mengatur aksesori supaya nampak cantik, tersusun dan terjaga..
Dengan menggunakan organizer lut sinar seperti ini, kamu boleh menyimpan aksesori dengan kemas. Paling best, bila kamu boleh nampak aksesori dengan jelas. Jadi mudah untuk kamu lihat apa yang nak dipakai nanti. Win! Tidak kira wanita mahupun lelaki, pasti anda inginkan kulit yang cantik, bersih, dan sihat.
Pelbagai cara dan teknik penjagaan telah dikongsi oleh pakar di luar sana untuk mendapatkan kulit yang diidamkan. Namun tahukah anda bahawa kebanyakan daripada kita melakukan kesalahan lazim dalam penjagaan kulit muka yang dilakukan hampir setiap hari! Berikut kami kongsikan amalan yang tidak patut dilakukan sekiranya anda ingin mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat: 1. Tidak Membasuh Solekan Jangan sesekali membiarkan solekan anda di wajah semalaman. Amalan ini akan menyebabkan liang roma tersumbat dan membawa kepada pembentukan sebum, di mana munculnya jerawat. 2. Tidak Menggunakan Pelindung Matahari (SPF) SPF amat penting kerana dapat membantu melindungi kulit dari sinaran matahari. Selain itu SPF juga baik untuk melambatkan proses penuaan. Terdapat pelbagai pilihan pelembab, BB krim, dan CC krim dijual di pasaran yang sesuai untuk jenis kulit anda. Pastikan anda membuat pilihan yang betul! 3.Tidak Minum Air Secukupnya Tahukah anda, air memainkan peranan penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Pengambilan air yang cukup membantu menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. 4. Pemakanan Tidak Sihat Keadaan kulit mencerminkan pemakanan kita. Jika anda inginkan kulit yang berseri dan sihat, makanan yang diambil juga perlulah berkhasiat. Cara mudah untuk mendapatkan makanan berkhasiat adalah seperti pengambilan buah-buahan dan sayuran segar. 5. Tidak Menggunakan Pelembab Wajah Jangan sangka kulit berminyak tidak memerlukan pelembab wajah. Tidak kira apa jenis kulit, anda disarankan untuk menggunakan pelembab wajah pada waktu siang dan khususnya sebelum tidur. Amalan ini juga penting untuk mendapatkan kulit yang sihat! 6. Solekan Terlalu Tebal Solekan tebal akan menyebabkan liang pori tersumbat dan akan menghasilkan jerawat. Anda juga dinasihatkan untuk membeli solekan yang tahan lama kerana dapat membantu mengurangkan kerosakan kulit muka.
#1 Beg 2.55 Adalah Beg Bahu Pertama Rekaan Chanel
Coco Chanel adalah wanita yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan beg jenama Chanel pada tahun 1929. Ia hanya bisa dimiliki oleh wanita-wanita bangsawan serta golongan berada era itu. Namun saiz beg (clutch) rekaan pertamanya agak besar dan rumit untuk dipegang menggunakan tangan. Pada Februari 1955, beliau mula mengeluarkan rekaan beg bertali yang digelar Chanel 2.55 seterusnya menukar fesyen beg tangan ketika itu kerana Chanel adalah satu-satunya jenama yang memperkenalkan beg tangan untuk wanita yang boleh disangkut ke bahu. Buat kali yang pertama, cara membawa beg dengan menyangkutnya ke bahu mula popular dan menjadi ikutan dalam kalangan wanita waktu itu. #2 Kancing CC Yang Popular Itu Hanya Mula Diperkenalkan Sekitar 80an Untuk pengetahuan semua, kancing beg Chanel yang asli seperti rekaan pertama yang dikeluarkan oleh Coco Chanel adalah seperti kancing biasa. Ia mempunyai bingkai segi empat sama yang punatnya boleh diputar bagi membuka penutup beg. #3 Oh! Tali Panjang Aslinya Juga Tidak Seperti Classic Flap Terkini Anda mesti tak tahu yang sebenarnya 2.55 original rekaan Coco Chanel hanya mempunyai tali panjang yang dibuat daripada rantai besi semata-mata kan? #4 Rekaan Bahagian Dalam Chanel 2.55 Diinspirasi Dari ‘Anak Yatim’? Jika anda peminat Chanel Flap Bag, anda pasti perasan yang bahagian penutup kedua dalam beg berkenaan berwarna merah hati kan? Nah, ini kerana, itu adalah warna pakaian seragam yang dipakai oleh Coco Channel ketika dia membesar di rumah asuhan anak-anak yatim. Mungkin itu caranya dia mahu mengekalkan identitinya… #5 Sebahagian Perincian Chanel Flap Bag Adalah Diinspirasi Daripada Pakaian Lelaki Perincian jahitan berpetak (quilting) yang boleh dilihat pada kebanyakan Chanel Flap Bag adalah dicuri dari perincian pada fabrik jahitan berpetak jaket lelaki. Coco Chanel sememangnya minat akan rekaan pakaian lelaki. Wajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.
Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Ketiadaan masa pada masa kini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk menjaga muka. Berikut adalah tips yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah. 1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKAOrang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah? Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup. 2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATICara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak. 3. SERBUK TEH DAN MADUCampurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk. Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari. 4. WAP PANASIni cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih. Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan. Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu. Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali. 5. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADUIni cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil. 6. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUNIni juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air. 7. TEH HIJAU (GREEN TEA)Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat. 8. MINYAK SAYURANGunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah. 9. SENAMAN MUKACara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir. 10. KURANGKAN MENYENTUH WAJAHIni cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan. Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman. Sebagai wanita muslimah bekerjaya, penampilan juga satu aspek yang penting menggambarkan personaliti anda. Jadi, tampilah berani dengan rekaan elegan sesuai muslimah dan mempersona ke pejabat. Penggunaan warna tanah dan pastel yang kami cadangkan ini, mampu memberi impak kepada si pemakai untuk tampil lebih klasik dan moden pada masa yang sama. Biarpun nampak sederhana, namun tumpuan diberikan lebih kepada gaya keseluruhan yang mampu menyerlahkan karakter wanita muslimah yang anggun. Campuran rona tanah, sedikit terang serta elemen warna pastel membuatkan kasut dan seluar palazzo si pemakai lebih menyerlah. Penggunaan kasut bertumit tinggi dan platform atau but pada gaya kali ini melengkapkan penampilan yang lebih berani dan feminin ke pejabat. Gaya ini juga sesuai untuk ke majlis formal ataupun kasual. Jika anda merasakan penampilan tampak kosong, tambahkan aksesori pada pergelangan tangan. Namun, perlu diingat aksesori perlulah sesuai dengan padanan baju dan jangan memakai aksesori yang keterlaluan agar ia tidak mencacatkan penampilan anda. Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakan wanita sangat mementingkan kecantikan, dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga.Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita di dianjurkan agar berhias di depan suaminya.
“Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantikdan sukakan kecantikan.” Ada yang beranggapan tidak perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri, itu adalah tanggapan yang salah sebenarnya.. Memang tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak mengambil berat bab kecantikan kulit, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan. Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilan mereka sudah mencukupi. Cuba tanya pada diri sendiri: Sejauh mana anda menekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan sihat dan muda? Adakah kita sudah cukup berhias dihadapan suami kita? Saya nak kongsikan 7 tips iaitu beberapa amalan yang telah terbukti memberi kesan dan telah diamalkan turun temurun sejak sekian lama oleh generasi terdahulu dan ditambah dengan kaedah baru.
kebanyakan wanita yang mempunyai saiz pinggul yang besar dan lebar tidak yakin dengan penampilan diri hanya kerana masalah ini.
Namun, apa yang anda tidak tahu adalah masalah tersebut sebenarnya boleh diatasi dengan beberapa jika anda bijak dalam memilih pakaian. Bagi yang tidak tahu bagaimana untuk menangani masalah ini kami ingin berkongsi beberapa tips untuk lebih yakin bergaya. Pilih warna gelap dan terang Padankan baju bewarna cerah dan seluar atau skirt bewarna gelap. Teknik ini akan menyembunyikan segala kelemahan kamu dan membuatkan ukuran pinggang ke bawah kelihatan lebih kecil dan tidak terlalu melebar. Pakai cardigan/jaket Untuk menyembunyikan pinggul kamu yang bersaiz besar, apa kata pakailah jacket atau kardigan yang labuh dan menutup bahagian pinggul kamu. Pakai pakaian bercorak bercetak Sembunyikan saiz pinggul kamu dengan seluar atau skirt yang mempunyai motif cetakan. Sebaiknya pilihlah corak motif yang kecil dan sarat. Sekurang-kurangnya orang menyangka pinggul kamu kelihatan besar di sebabkan corak bukannya saiz sebenar. Diharap dengan tips ini dapat membantu anda untuk lebih yakin. Selamat mencuba! Tip bergaya utk mereka yang berbadan rendah
1. Pakaian satu warna Berpakaian satu warna dari hujung rambut hingga hujung kaki hanya mewujudkan ilusi badan lebih kecil. Bukan saja menunjukkan kelemahan kita malah menampakkan kita lebih kurus. Gaya pakaian satu warna ini mungkin lebih sesuai untuk yang mempunyai badan yang agak besar kerana mampu mewujudkan ilusi kecil. Tapi jika anda sukakan ‘stail’ ini anda boleh menggunakan kasut atau tali pinggang warna yang berlainan bagi mewujudkan ilusi ketinggian kerana badan kita tidaklah tenggelam dalam satu warna. Bagi lelaki, mungkin tali leher pula boleh dijadikan tarikan dengan warna yang agak berlainan daripada warna baju yang digayakan ketika itu. Peringatan penting, warna terang atau ‘color blocking’ amat popular ketika ini dan tidak salah anda mencuba untuk dijadikan gaya harian. Rasanya anda akan nampak menarik dan kelihatan sedikit berisi. 2. Muat dengan diri pemakai Sentiasa pakai pakaian yang betul-betul dengan saiz badan anda dan elakkan daripada memilih kemeja yang terlampau besar ataupun terlampau kecil kerana ia akan membuat anda nampak lebih pendek. Anda juga perlu elakkan daripada memakai baju yang mempunyai corak yang sarat seperti poket atau ‘drapping’ kerana ia akan membuat anda nampak berat dan pendek. 3. Berjalur tegak Sentiasa memilih pakaian yang mempunyai jalur menegak kerana ilusi ketinggian pasti mampu terbentuk dan jika anda memilih garisan mendatar anda akan nampak lebih lebar. Anda juga boleh memilih ‘plate dress’ kerana ia pasti menimbulkan ilusi tinggi dan pasti nampak lebih ranggi kerana corak ‘plate’ yang kebetulan sedang hangat sekarang. Tapi ingat sentiasa memilih corak ‘plate’ yang kecil dan tidak terlampau besar kerana jika salah memilih pasti kelemahan anda terserlah. Rasanya jalur nipis sudah cukup untuk menonjolkan lebih identiti dalam penggayaan anda. 4. Leher bentuk V Kalau anda seorang lelaki yang rendah dan kemudiannya kurus pula, jangan sekali gunakan baju yang mempunyai potongan bentuk leher bulat kebiasaan kerana ia tidak membantu dalam menonjolkan gaya buat anda. Tidak salah atau kurang apa-apa tapi sekiranya anda memilih untuk memakai baju atau jaket yang mempunyai bentuk ‘V’, ia akan memberikan gaya lebih menarik kerana ia mampu menimbulkan ilusi ketinggian. 5. Sentiasa memakai tumit tinggi Ia adalah cara paling mudah untuk nampak tinggi tapi selalu ingat pilih kasut tumit tinggi yang ketinggian tidak melampau kerana bimbang anda akan nampak terlalu mencuba ke arah itu. Bagi lelaki pula dan golongan gadis tidak terkecuali, elakkan memilih ‘gladiator’ kerana ia bukan saja tidak sesuai malah anda akan nampak lebih pendek daripada sepatutnya. Lelaki pula jangan risau anda boleh memilih kasut berjenama ‘Girrafe’ kerana ia mempunyai tumit yang tinggi secara natural. 6. Elakkan fabrik yang bertekstur Tip seterusnya, elakkan memilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik bertekstur dan besar kerana anda akan nampak lebih pendek dan percaya atau tidak, ia akan memberikan satu gambaran yang anda kelihatan lebih gemuk. Kalau ingin mengenakan ‘sweater’ atau baju sejuk, pilihlah material yang nipis dan bentuk potongan leher ‘V’ bagi menimbulkan ilusi yang lebih tinggi. 7. Elakkan beg tangan besar Peringatan bagi golongan gadis kecil, memakai beg tangan yang terlampau besar bukan saja buat gadis pendek nampak lebih pendek malah membuatkan anda nampak lemas kerana beg berkenaan memotong separuh figura badan anda. Dalam kata lain, potongan beg itu akan menenggelamkan diri anda sendiri dan membuatkan orang lain melihat beg dulu sebelum wajah anda. Justeru, pilihlah beg tangan yang sederhana agar ia nampak elegan dengan rangka bentuk badan anda. Kebanyakan wanita yang mempunyai kelebihan berat atau berbadan gemuk sering bingung ketika memilih pakaian yang sesuai buat dirinya. Berbadan gemuk membuatkan mereka kurang yakin dengan diri sendiri, sedangkan mereka sebenarnya boleh nampak cantik dan menarik.
Kalau ada beg kulit pasti anda sayang untuk gunakan secara lasak kan? Dan ada pula yang suka menyimpannya dek kerana takut cepat rosak dan setelah lama tidak pakai, warna beg kulit tersebut pasti nampak kusam kan?
Tapi jangan risau kerana kami ingin kongsikan petua mudah untuk menjaga beg kulit anda dengan hanya bermodalkan ubat gigi! 1. Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span. 2. Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan. 3. Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru. sumber : eh! Beg tangan yang diperbuat daripada kulit pastinya menjadi idaman ramai wanita kerana kualitinya yang lebih utuh, tahan lama dan pastinya tampak lebih mewah. Walaupun barangan yang diperbuat dari kulit tahan lasak namun ia masih lagi memerlukan belaian dan penjagaan yang teliti. Beg jenis in perlu disimpan elok-elok, kerana selalunya barang kulit akan jadi semakin cantik apabila ia sudah berusia. Ada nilai vintaj. Namun, tidak ramai yang tahu cara yang betul untuk menjaga beg kulitt
|