Kebanyakan wanita yang mempunyai kelebihan berat atau berbadan gemuk sering bingung ketika memilih pakaian yang sesuai buat dirinya. Berbadan gemuk membuatkan mereka kurang yakin dengan diri sendiri, sedangkan mereka sebenarnya boleh nampak cantik dan menarik.
0 Comments
Kalau ada beg kulit pasti anda sayang untuk gunakan secara lasak kan? Dan ada pula yang suka menyimpannya dek kerana takut cepat rosak dan setelah lama tidak pakai, warna beg kulit tersebut pasti nampak kusam kan?
Tapi jangan risau kerana kami ingin kongsikan petua mudah untuk menjaga beg kulit anda dengan hanya bermodalkan ubat gigi! 1. Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span. 2. Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan. 3. Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru. sumber : eh! Beg tangan yang diperbuat daripada kulit pastinya menjadi idaman ramai wanita kerana kualitinya yang lebih utuh, tahan lama dan pastinya tampak lebih mewah. Walaupun barangan yang diperbuat dari kulit tahan lasak namun ia masih lagi memerlukan belaian dan penjagaan yang teliti. Beg jenis in perlu disimpan elok-elok, kerana selalunya barang kulit akan jadi semakin cantik apabila ia sudah berusia. Ada nilai vintaj. Namun, tidak ramai yang tahu cara yang betul untuk menjaga beg kulitt
|